Halaman

Sunday 10 September 2017

RBT 1014

LUKISAN KEJURUTERAAN
Ditulis Oleh : Pooja





DEFINISI LUKISAN KEJURUTERAAN

Lukisan kejuruteraan adalah cara untuk menghasilkan lukisan pelan yang mengambarkan dengan tepat sesuatu objek teknikal, seni bina dan kejuruteraan. Ia adalah satu dokumen, dalam bentuk bergambar dan sedikit nota. Ia mengandungi semua maklumat penting bagi tujuan pembuatan atau pengilangan; iaitu mungkin mengandungi satu komponen tunggal, sebahagian kumpulan binaan atau satu barangan lengkap yang menunjukkan keseluruhan komponen.
Secara teknikalnya lukisan kejuruteraan boleh dipecahkan kepada dua iaitu:-
Lukisan mesin : lukisan pemasangan yang dikhususkan kepada proses mencantum dan membuka komponen untuk memenuhi tujuan pembuatan, selenggaraan atau persembahan.
Lukisan Kerja : lukisan yang menerangkan dengan terperinci bagaimana sesuatu komponen itu harus dihasilkan dan apakah yang patut dicapai oleh sesuatu pengeluaran itu.

PERALATAN LUKISAN KEJURUTERAAN

Papan Lukisan
Papan lukis biasanya berukuran 60 cm x 80 cm yang diperbuat papan jenis lembut. Kertas lukisan diletakkan diatas papan lukis bagi memudahkan kerja – kerja melukis dilakukan.
       
     
Rajah 1.1  Ukuran papan lukis

Sesiku T
Sesiku T boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bahagian kepala dan bahagiabilah. Sesiku T menjadi pemandu untuk membuat garisan lurus mendatar atau garisan menegak dengan perantaraan sesiku sudut dalam kerja–kerja lukisan.


Rajah 1.3 Cara mengerakkan sesiku T

Jangka lukis
Jangka lukis digunakan untuk membentuk suatu garisan bulatan atau lengkok. Terdapat tiga jenis jangka lukis.
i. Jangka lukis panah gergasi ( Giant bow )
ii. Jangka lukis pegas susut ( Drop spring bow )
iii. Jangka lukis tradisi dan bendul ( Electrum and Beam/trammel )




Rajah 1.4 Jenis – jenis jangka lukis

Pembahagi
Pembahagi digunakan untuk membahagikan sesuatu jarak kepada beberapa bahagian yang sama atau untuk memindahkan sesuatu jarak sekali atau berulang – ulang.Terdapat dua jenis pembahagi iaitu:
i. Pembahagi jenis pegas
ii. Pembahagi jenis bendul dan tradisi




Rajah 1.5 Jenis – jenis pembahagi

Lengkung Perancis
Lengkung ini digunakan bagi melukis garis lengkung yang tidak boleh dilukis dengan jangka lukis. Lengkung Perancis boleh didapati dalam beberapa bentuk seperti dalam rajah 1.6.





Rajah 1.6 Bentuk – bentuk lengkung Perancis




Rajah 1.7 Cara menggunakan lengkung Perancis

Pensel
Pensel boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pensel kayu dan pensel mekanikal ( isian ) Dalam lukisan kejuruteraan, pensel mekanikal lebih sesuai digunakan. Ini kerana pensel mekanikal tidak perlu diasah dan dengan itu kerja – kerja lukisan akan menjadi kemas. Pensel boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu keras, sederhana dan lembut.


Rajah 1.8 Pensel kayu dan pensel mekanikal


Penghurufan dalam lukisan kejuruteraan diperlukan bagi mendokumentasikan sesuatu lukisan. Latihan penghurufan yang berterusan akan menghasilkan tulisan yang baik dan seragam. Terdapat dua bentuk penghurufan yang diamalkan dalam lukisan kejuruteraan, iaitu huruf tegak piawai dan huruf condong piawai.

BENTUK-BENTUK HURUF

                        i. Huruf Tegak Piawai
Huruf tegak piawai ditulis pada sudut 90° pada garisan panduan. Abjad yang ditulis dalam grid tegak piawai.
                        ii. Huruf Condong
Huruf condong piawai ditulis mengikut julat kecondongan antara 60° hingga 75° pada garisan panduan. Setiap huruf ditulis dengan saiz, tinggi, lebar dan tebal garisan yang seragam. Huruf condong piawai yang ditulis dalam grid condong piawai.

GARISAN DALAM LUKISAN KEJURUTERAAN

Dalam lukisan kejuruteraan, garisan mempunyai fungsi yang tersendiri. Setiap garisan mempunyai tiga perkara penting iaitu:
i. Bentuk garisan
ii. Tebal/hitam garisan
iii. Kegunaan garisan

Terdapat beberapa jenis garisan yang digunakan dalam lukisan kejuruteraan.

Garisan objek
Garisan ini digunakan untuk menunjukkan bahagian pinggir objek.




Rajah 2.1 Garisan bahagian pinggir objek

Garisan keratan
Garisan ini digunakan untuk menunjukkan permukaan yang dipotong oleh satah 
pemotong.



Rajah 2.2 Garisan permukaan yang dipotong

Garisan tengah
Garisan ini digunakan untuk menunjukkan kedudukan paksi simetri keseluruhan objek, paksi lubang dan pusat bulatan.



Rajah 2.3 Garisan kedudukan paksi simetri

Garisan fantom
Garisan ini digunakan untuk menunjukkan kedudukan alternatif bagi komponen yang sama.




Rajah 2.4 Garisan kedudukan alternatif bagi komponen yang sama


UNJURAN ORTOGRATIK

Pengenalan
Lukisan unjuran ortografik boleh diaggapkan sebagai lukisan dua dimensi kerana objek yang dilukis dengan kaedah ini akan memberikan dua dimensi ukuran iaitu lebar dan tinggi, atau panjang dan tinggi sesuatu objek.
Terdapat dua prinsip unjuran yang digunakan dalam unjuran ortografik iaitu :-
 - Prinsip unjuran berpusat
 - Prinsip unjuran selari




Rajah 3.1 : Prinsip unjuran berpusat

Rajah 3.2 : Prinsip unjuran selari

Konsep
1. Lukisan ortografik dilukis dengan anggapan semua arah pandangan dalam garisan lurus dan selari dengan dua paksi utama iaitu paksi x dan paksi y.
2. Garisan dalam lukisan ortografik mempunyai fungsinya sendiri. Oleh itu ketebalan dan kehitaman garisan amat penting.
3. Terdapat dua jenis unjuran iaitu
- unjuran sudut pertama
- unjuran sudut ketiga
4. Terdapat tiga arah pandangan, iaitu :
-Pandangan atas (pelan)
-Pandangan depan (hadapan)
-Pandangan sisi (samping)




Pandangan Unjuran Sudut Pertama

Pandangan hadapan berada di sebelah atas yang selari dengan pandangan sisi, manakala bagi pandangan atas berada di bawah pada kedudukan pandangan hadapan.




Lukisan untuk sistem unjuran




Pandangan Unjuran Sudut Ketiga


Kedudukan pandangan sudut ketiga pula dijelaskan bahawa arah pandangan pelan (atas) berada di atas dan selari dengan pandangan hadapan dibawah, manakala kedudukan pandangan sisi (samping) pula berada sebaris mengufuk dengan pandangan hadapan. Pandangan sudut ketiga ini dapat diterangkan melalui illustrasikan objek lukisan yang kompleks dan jelas yang digambarkan.







14 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Informasi yang berkualiti dan mudah difahami 👍🏼 Terbaik!

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Terima kasih.Saya berharap bahawa maklumat ini dpt membantu anda..

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Sangat membantu untuk membuat rujukan.. Maklumat yang jelas dan terperinci

    ReplyDelete
  6. Maklumat ini sangat berbaloi. Sesuai untuk digunakan sebagai rujukan yang padat dan mantap.

    ReplyDelete
  7. Thanks for supply this useful information!

    ReplyDelete

Adakah blog ini bermanfaat ?