Halaman

Sunday 10 September 2017

RBT 1034

Makanan dan Pemakanan

Ditulis Oleh : NAVINA

sedap nye nak makan .........>,< 




1.1  Definisi

Makanan
Ø  Sesuatu bahan yang boleh dimakan sama ada dalam bentuk pepejal atau cecair.
Ø  Memenuhi keperluan fizikal, fisiologi,psikologi dan sosial manusia.



Pemakanan
Ø  Pengambilan makanan dan fungsinya kepada tubuh badan manusia.
Ø  Meliputi jenis dan kuantiti nutrient unruk memproses :
·         Pertumbuhan
·         Pemulihan
·         Pengawalan tubuh

 



1.2  Jenis Kumpulan Makanan


              I.        Makanan pembina tubuh.
Makanan yang membantu pembinaan dan pemulihan sel rosak melalui nutrien protein, garam mineral dan air.

            II.        Makanan pemberi tenaga.
Makanan yang memberikan tenaga kepada tubuh badan melalui nutrient, karbohidrat, lemak dan protein. Tenaga digunakan untuk menjalankan segala aktiviti luar dan dalam tubuh seperti pergerakan jantung,pernafasan dan perkumuhan.


           III.        Makanan pelindung dan pencegah penyakit.
Makanan yang mengawal dan menjaga kesihatan tubuh badan melalui nutrien, vitamin, garam mineral, selulosa dan air.



1.3  Nutrien

·         Bahan kimia yang terkandung di dalam semua bahan makanan yang berfungsi untuk memelihara kesihatan.
·         Lima nutrien utama: protein, karbohidrat, lemak,vitamin dan garam mineral.
·         Pengambilan dalam kadar dan kuantiti tertentu dinamakan diet.
·        Nutrien adalah gabungan elemen karbon, oksigen, hydrogen, nitrogen, dan sulfur




Protein
 

                                                                                                                                                      
1. Protein terdiri daripada unsur karbon, hidrogen dan nitrogen. Sesetengah protein juga mengandungi sulfur dan fosforus.
2. Unit asas molekul protein ialah asid amino.
3. Protein boleh terbahagi kepada dua kelas, iaitu protein kelas pertama dan protein kelas kedua.
4.  Fungsi utama protein adalah:
·         Membina sel-sel baru
·         Memperbaiki tisu-tisu yang rosak
·         Membina enzim dan hormon
·         Menghasilkan tenaga apabila kekurangan karbohidrat dan lemak.
5. Kekurangan protein akan menyebabkan penyakit kwasyiorkor.



Karbohidrat
 

FUNGSI KARBOHIDRAT
·         Membekalkan haba dan tenaga
·         Mengawal penggunaan lemak dan protein
·         Menjimatkan penggunaan protein

ü  Keperluan harian karbohidrat
Tenaga dan haba diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat. Daripada jumlah kalori seharian yang diperlukan, sebanyak 50 peratus hingga 60 peratus adalah daripada karbohidarat. Keperluan ini akan bertambah mengikut aktiviti individu.
KEKURANGAN KARBOHIDRAT
Kekurangan karbohidrat menyebabkan:
ü  Kelaparan,keletihan, dan kesejukan.
Tubuh menggunakan dahulu simpanan lemak dan dalam keadaan kekurangan karbohidrat yang serius, protein dalam gentian otot akan digunakan untuk membekalkan haba dan tenaga.Berat tubuh individu jika keadaan ini berlarutan . Pertumbuhan tubuh terganggu dan kulit menjadi kering, kecut serta kasar.Mudah dijangkiti penyakit kekurangan

BERLEBIHAN KARBOHIDRAT
ü  Karbohidrat yang berlebihan akan disimpan di dalam hati dalam bentuk glikogen.Glikogen akan ditukar menjadi lemak dan disimpan di bawah kulit menjadi tisu adipos.Berat tumbuh akan bertambah dan obes boleh terjadi jika lemak ini tidak 
digunakan.






Lemak
 


ü  Lemak terdiri daripada elemen karbon, hidrogen dan oksigen. Elemen ini sama seperti dalam karbohidrat tetapi dalam kadar yang berlainan.
ü  Lemak terdiri daripada satu unit gliserol dan tiga unit asid lemak. Kebanyakan lemak mengandungi asid lemak yang berlainan jenis dan inilah yang menentukan sifat-sifat lemak itu.
ü  Asid lemak dibahagikan kepada dua kategori.
(a)Asid lemak tepu
Asid lemak tepu adalah pepejal pada suhu bilik.Kebanyakannya didapati daripada sumber haiwan.
(b)Asid lemak tidak tepu
Asid lemak tidak tepu adalah berkeadaan cecair pada suhu bilik. Kebanyakannya didapati daripada sumber tumbuh-tumbuhan.

FUNGSI LEMAK
·         Memberi haba dan tenaga
-Setiap satu garam lemak yang dioksidakan dapat menghasilkan 38 kiloJoule tenaga.
·         Melindungi organ tubuh yang penting
-Lapisan lemak yang menyalut jantung dan buah pinggang menetapkan organ di tempatnya dan melindunginya daripada kejutan.
·         Mengawal suhu tubuh
-Lapisan lemak di bawah kulit mengawal suhu tubuh dan bertindak sebagai penebat semasa pertukaran suhu.
·         Pelarut vitamin
-Vitamin A,D,E dan K yang diperlukan oleh tubuh dilarutkan oleh asid lemak.
Melambatkan rasa lapar
-Lemak melambatkan rasa lapar kerana lemak mengambil masa yang lama untuk dicerna dan diserap.
KEKURANGAN LEMAK :
·         Kekurangan lemak menyebabkan:
·         Kulit menjadi kering.
·         Pertumbuhan terganggu mengakibatkan berat tubuh berkurangan.
·         Mudah merasa sejuk kerana lemak yang berfungsi sebagai penebat berkurangan.
·         Cepat merasa lapar.
BERLEBIHAN LEMAK
-Lemak yang berlebihan disimpan sebagai tisu adipos yang menyebabkan berat tubuh bertambah.
-Pengambilan lamak tepu yang banyak boleh menyebabkan penyakit jantung.
KEPERLUAN HARIAN LEMAK
-Keperluan lemak bergantung kepada aktiviti individu.Lemakmembekalkan hanya 20 peratus hingga 30 peratus daripada jumlah tenaga yang diperlukan.
-Individu yang mempunyai masalah berat tubuh da penyakit jantung hendaklah mengurangkan pengambilan lemak.






Vitamin
 
·         6 jenis nutrien asas yang diperlukan dalam diet atau makanan kita.
·         membantu badan berfungsi dan membesar dalam keadaan normal.
·         perlu berhati-hati apabila mengambil vitamin tambahan ini, kerana sesetengah vitamin hanya diperlukan dalam jumlah yang kecil sahaja.
·         Vitamin boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan utama iaitu yang larut dalam air dan yang larut dalam lemak.




VITAMIN LARUT DALAM AIR
ü  Ia lebih cepat dikeluarkan dari badan, oleh itu pengambilannya setiap hari adalah perlu.
ü  Mudah hilang semasa memasak makanan.
ü  Vitamin B1, B2, B6, B12, , C, Niasin, asid pantoterik, asid folik, biotin
VITAMIN LARUT DALAM LEMAK
ü  Larut dalam minyak
ü  Disimpan di dalam hati dan tisu lemak kemudiannnya dikeluarkan secara perlahan
ü  Vitamin A, D, E, K





Garam mineral
 



ü  Bahan tak organik yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk mengekalkan kesihatan badan.
ü  Unsur-unsur mineral yang penting kepada kita termasuklah kalsium, fosforus, besi, iodin, natrium dan fluorin.

Fungsi
Kesan kekurangan
Kalsium
Membina tulang dan gigi yang kuat.
Diperlukan untuk pembekuan darah.
Untuk pengecutan otot.
Riket pada kanak-kanak.
Osteomalasia pada dewasa.
Darah lambat membeku.
Kekejangan otot.
Magnesium
Pembinaan tulang.
Pengaktif enzim.
Untuk fungsi normal otot dan saraf.
Fungsi otot dan saraf terjejas.
Besi/Ferum
Untuk membentuk hemoglobin.
Anemia.
Natrium
Menetapkan tekanan osmosis darah.
Untuk fungsi normal otot dan saraf.
Kekejangan otot.
Kalium
Menetapkan tekanan osmosis darah.
Untuk fungsi normal otot dan saraf.
Jarang berlaku.
Iodin
Untuk membentuk hormon tiroksina yang mengawal pertumbuhan.
Beguk pada dewasa.
Kretinisme pada kanak-kanak
Fosforus
Pembinaan tulang dan gigi yang kuat.
Pembentukan ATP dalam respirasi sel.
Tulang dan gigi rapuh.
Kurang penghasilan tenaga.
Fluorin
Pembinaan tulang dan gigi yang kuat.
Penyakit karies gigi.
































1.


















4 Selulosa

ü  Didapati daripada tumbuhan.
ü  Tidak boleh dicerna dan termasuk dalam kumpulan karbohidrat jenis polisakarida.
ü  Mengandungi serat atau fiber yang sangat penting sebagai pelawas dalam system perkumuhan tubuh.
ü  Merangsang pergerakan peristalsis dalam saluran pencernaan dan boleh menggelakkan sembelit.




1.5 Air

ü  Gabungan unsur oksigen (O) dan hydrogen (H).
ü  Didapati melalui minuman, buah-buahan, sup, sayur-sayuran.
ü  Keperluan air dianggarkan dari enam ke lapan gelas sehari.





Komposisi

Sumber

Fungsi
Kesan kekurangan

-Tiada warna, rasa, bau, dan lutcahaya.
-terdapat anggaran 70% berat badan adalah air.

-minuman buah-buahan, sayuran dan sup.

-membantu system pencernaan.
-mengawal suhu badan.
-melicinkan membran dan sendi tubuh.
-bahan utama dalam semua cecair tubuh.
-Pelarut bagi garam dan sebatian organic.

-Tubuh berat badan.
-Rasa dahaga, letih, dan lesu
-kulit kering dan lebam.



17 comments:

  1. Baik lah....maklumat sangat diperlukan untk saya....

    ReplyDelete
  2. Informasi yang sangat bermanfaat, terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Maklumat ini sangat menarik....boleh saya dapat lagi maklumat tentang makanan dan pemakan?

    ReplyDelete
  4. Terima kasih..saya akan menambahkan maklumat tentang masakan yang lbh manfaat..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih admin.....info yg diberikan sangat berketepatan dgn apa yg saya cari

    ReplyDelete
  6. Its my pleasure.thanks for visit

    ReplyDelete
  7. Maklumat yang jelas.... 👌 tq boleh menjadikan rujukan

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Maklumat ini sangat berguna untuk saya sebagai pelajar... terima kasih 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke....bagus belajar sungguh-sungguh yer...

      Delete

Adakah blog ini bermanfaat ?